hihi

Friday, September 30, 2011

TIPS MERAWAT HATI TERLUKA UNTUK DIRI KU dan KAWAN KAWAN

assalamualaikum

rasa dah lama kot tak update blog ni..hehehe maklum la ada masalah jiwa la katakan..ecehhhhhh

dan apa apa pun aku bersyukur kerana aku dapat banyak perkara baikk yang selama ni aku tak sedar namun allah bagi aku bukak mata setelah apa yang berlaku

apa apa pun aku dah buka buku baru dan teruskan hidup ni seperti biasa dan lebih berhati hati

dan apa yang penting aku akan berusaha menjadi hamba allah yang benar benar hamba..tu la target aku sekarang dan cukup la aku telah tggalkan allah selama ni..dan aku telah rasai derita jiwa dan perasaan kerana meninggalkan Allah..terima kasih allah kerana bagi aku kesedaran sebelum badan ku reput di mamah tanah

alhamdulilah

kat sini aku nak share la tips untuk rawat hati yang luka


Merawat hati yang luka dengan secepat mungkin adalah penting untuk seseorang yang sedang mengalaminya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terus hidup di dalam tekanan dan mungkin boleh mencetuskan satu tindakan yang diluar kawalan. Sememangnya ia mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Ianya terpulang kepada diri anda sendiri untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk merawat hati yang luka ini. t5 akan menyenaraikan 3 cara mudah yang mungkin dapat membantu anda.
Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah denganmenangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.
Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.
Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.
dan aku nak tambah sikit la..
rawatla dengan al quran..baca sebanyak boleh dan kalau boleh time baca tu hayati betul betul ayat ayat dan letakkan betul betul perasaan kita kat atas ayat ayat tu..nak nagis pun nagis la sebab al quran dapat membasuh hati dan menenagkan jiwa..pastu pandai pandai la baca banyak kali jagan tggu ada prob jer baru baca..ni pun tips dari ustaz..aku dah try ia berhasil
dan jagan menidakkan takdir dan lupakan semua benda pasal apa yang menyakitkan hati kita..tak kira la org tu mezalimi kita ka tak..
last sekali maafkaan lah mereka dngan iklas hati ..kerana tidak guna kita berdendam dan dendam tu akan buatkan hati kita mati dan lebih busuk lagi.maafkan la mereka seperti apa yang nabi kita suruh..walaupun perit insyallah ia akan bagi kamu ketenangan
last sentiasa berdoa
selamat mencuba dan pesanan ni untuk peringatan diri ku jua



T.A.S
" Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159

No comments: