Sunday, March 11, 2012

NAK JADI ISTERI SEPERTI Muti’ah..AKAN berusaha jadi seperti Beliau..

subhanallah..sangat terharu bila baca cerita ni dan aku berazam selepas aku sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami..dah tentu la en tunang ku..insyallah..aku nak menjadikan beliau ni contoh untuk aku sebagai seorang isteri selain mencontohi isteri isteri nabi...nak tahu kenapa aku buat beliau ni idola aku so silala baca kat bawah ceritanya..semoga menjadi teladan kita bersama

Wanita Pertama Masuk ke Syurga


Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”

“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.

“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah

“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah

“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.

” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah

” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah

” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.

“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”

“Ya dengan Hasan dan Husain ”

“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”

“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.

Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”

“Di ladang” Jawab Muti’ah

“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.

“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.

“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.

“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.

“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.

“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?

Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Wallahu a’lam

ya allah jadikanla daku isteri yang taat kepada suami ku kelak seperti taatnya mutiah kepada suaminya serta jadikan la daku penyejuk mata bagi suami ku..jikalau dia dalam kegelapan dan kegelisahan jadikan la daku penyuluh sinar kepadanya dan jikalau dia dalam kesusahan dan tidak tenang jadikan lah daku sebagai ketenangan jiwanya dan penyembuh duka laranya serta pemudah jalan kesusahannya..hanya keredhoaan mu ya allah yang daku harapkan di muka bumi ini bantu la daku menjadi isteri solehah... amin ya robbalalamin...

T.A.S
" apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159


KRUSUS KAWInn!!!

tak der pa yang aku nak tulis melainkan rasa terkilan ku pada diri sendiri..Dah nak kawin tapi krusus tak pg lagi mcm mana nih!!


Alhamdulilah aku dah selamat p krusus hari ni bersamaan 11 march 2012 ahak ahak

kepada sekian mahluk di muka bumi ni
dengan seiklas hati aku nak maklumkan dan bagi nasihat percuma silala p krusus kawin awai awai jagan jadi macm aku

hahaha kelam kabut...

huhuhuhu...

bertindak dari pengalaman..


T.A.S
" apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159


NAK amBik SEnarai Semak serta Budget aku UNtuk MAjlis WAlimah..


SENARAI SEMAK BUDGET KAWIN!!!

BIL

PERKARA

BAJET (RM)

1

Yuran kursus pra perkahwinan

2

Cincin tunang

3

Cincin kahwin

4

Barang kemas

5

Wang mas kahwin

6

Wang upah kadi

7

Kad jemputan kahwin

8

Setem untuk pos kad jemputan

9

Wang hantaran

10

Sirih junjung

11

Kain ela

12

Baju kurung

13

Telekung & Sejadah

14

Senaskah Al – Quran

15

Beg tangan

16

Kasut

17

Jam tangan

18

Set penjagaan badan

19

Set alat solek

20

Kek

21

Buah-buahan

22

Coklat

23

Potpurri

24

Gubahan barang hantaran termasuk upah

25

Hiasan bilik tidur

26

Pelamin

27

Bunga telur

28

Bunga pahar

29

Gambar & upah jurugambar

30

Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja

31

Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga

32

Set makan beradap

33

Penanggah

34

Katering

35

Upah kumpulan kompang

36

Upah DJ

37

Kos perjalanan rombongan pergi dan balik

38

Kos tempat penginapan

39

Cenderahati untuk saudara dan sahabat

40

Upah juruandam

Jumlah keseluruhan : RM ___________________

T sila la edit untuk keperluan masing masing ...k kalau nak amik silakan..


T.A.S
" apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159

HAbis Bab tunang!! Bab Kawin Pulak!!!

keh keh ...
habis bab tunang tggal bab kawin pulak...
paham paham jer la nak kawin kena pakai duit bnyak pas kawin pun kena guna duit banyak so mau tak mau aku terpaksala buat plan cantik cantik dekat belakang payslip aku yang angkanya tak berapa cantik...tapi syukurrrrrrr alhamdulilah sebab allah bagi rezeki jugak walaupun tak berapa tekejut di tgk tapi leh la makan pakaikan...kira tak baik la nak komen lebih lebih

huhuhuhu... untuk menjalan kan majlis ni bukan la perkara yang mudah..ayo ayo!!
sampai kena buat check list la untuk walimah ni..sebab pe tak nak bagi ada yang tertinggal dan terlupa...

huhuhu sebaik baik nya kena la aku mula sekarang....

tapi aku dah skip banyak benda sebab kalau ikut step kena folow dari 12 buln sebelum kawin tapi bab kes aku ni tak sampai huhuhu...so belasah ja la janji walimah berjaya dan apa yang penting jagan membazir serta bersederhanala..

sebab aku berpegang pada hadis ini


الوليمة أول يوما حق والثانى معروف والثالث رياء وسمعة
Walimah hari pertama merupakan hak,hari kedua adalah makruf sedangkan hari ketiga adalah riya dan menunjuk-nunjuk.

hadis Nabi yang diriwayatkan Abu Daud dan Ibnu Majah...

so renung renungkan dan selamat beramal

Biau sederhana Tapi Barokah dalam majlis dan kehidupan berumah tangga ku yang daku impikan..amin...

T.A.S
" apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159

mcm yang DI janjikan..GAmbo Saya bertunang!!! tapi sikit la k



































T.A.S
" apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159

Friday, February 17, 2012

PAHIT TELAH JADI MANIS AKHIRNNYA TERIMA KASIH ALLAH

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

dulu aku pernah ceritakan bahawa aku punyai lilin yang menerangi aku semasa ketiaadaan ibu dan bapa yang telah padam secara tiba tiba...time tu memang sedih bangat..rasa bagai nak tercabut nyawa dari badan..tapi aku masih punyai iman dan berpegang kepada allah kerana aku yakin apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan di sebalik ketentuan dan kesakitan ada kebaikkan kerana aku berpegang kepada surah al baqarah ayat 216 yang berbunyi :-


وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
maka tidak ada guna untuk aku bersedih meratap kerana ayat ini la aku menjadi kuat...benarlah sekiranya ada kesulitan kembalilah kepada allah kerana sesungguhnya allah mengetahui sesuatu yang tidak di ketahui oleh seorang hambanya...

keperitan dan kesakitan merupakan ujian kekuatan kepada hamba yang mana dengan ujian ini lah kita dapat buktikan sejauh mana keimanan kita dan kecintaan kita pada allah..
terima kasih allah ..alhamdulialh kerana aku berjaya mengharungi nya hanya kerana kekuatan yang telah engakau berikan padaku..

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir permata yang sangat berharga!!!

tanpa ku duga tanpa ku sangkaa berkat kesabaran dan dan doaku allah telah mengurniakan daku seorang insan untuk aku berlindung..kini aku merasai kebahagiaan itu
setelah aku tempuhi kesukaran
sungguh aku akui aku amat memerlukan seorang insan untuk bersama sama mengharungi onak dan pagar pagar rintangan dunia ni
dan allah maha mendengar akan doa seorang hambanya..
kurniaan ini tidak ternilai bagi ku
kurniaan ini amat aku syukuri
terima kasih ya allah
kerana memberi aku peluang untuk menjadi seorang isteri kepada seorang suami...


heheheh sekarang ni aku telah pun begelaar tunang org...
t aku uploadla gambo bertunang kat korang yerkkk

kepada en tunang yang bernama sharizal jaafar..

kau hadir di kala aku memerlukan
di kala aku memerlukan seorang teman
dikau bawa secebis bahagia
bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

terima kasih allah untuk cinta ini..
terima kasih en sharizal jaafar
kehadiran mu dalam hidupku amat ku syukuri dan ku hargaii...

ALHAMDULILAH.......ENGKAULAH PERMATA YANG BERHARGA!!!

T.A.S
" apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159

KEHILANGAN NENEK TERCINTA!!!!!!

masuk bab cedih dah nia...

dulu aku kehilangan ayah.....
pastu kehilangan emak.....
sekarang kehilangan nenek.........walaupun nenek ni suka membebel tapi aku saayang sangat kat dia..sebab nenek aku ni rockkkkkkkkkk....
rindu dengan nenek ayah n emak..rindu sangat sangat...kenangan kita bersama akan ku sentiasa kenang walaupun kemana aku pergi..
nenek telah kembali kepada pangkuan allah pada 8 /12/2010
hurmmm...tak tau nak cakap pa sebab sedih
sekian
(T_T) nagis

oh tuhan
duhai kekasih sejati ku
ampunila kedua ibu dan bapa ku serta atuk dan nenek ku
kerana mereka adalah ibu bapa dan atuk nenek yang terbaik engkau kurniakan untuk ku
kini aku hanya ada MU di dunia ini
jagan la engkau siksa mereka kerana dosa dosa ku
kasihan ni la mereka ya allah
sesungguhnya kerana mereka la daku mengenali mu
kerana merekalah daku mengenali agama mu
kerana mereka lah aku sentiasa tahu siapa penciptaku
ya allah kau berikan lah mereka kebahagiaan dan kegembiraan
di sisi mu ya robbb
hanya kerana mereka yang daku sayangi


kata kata terakhir ku pada diriku dan kalian
beringat la sebelum kita pula yang di paggil pulang ......


T.A.S
" apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159